Messi ledak hatrik kedua

Posted by : Kazuyama | Tuesday, March 23, 2010 | Published in






Barcelona di tangga kedua liga kerana beza gol dengan Real Madrid


Hatrik kedua Lionel Messi dalam tempoh lapan hari meletakkan jumlah jaringannya musim ini kepada 34 gol, ketika Barcelona menewaskan Zaragoza 4-2 kelmarin, untuk berada di tangga kedua La Liga di belakang Real Madrid.

Penyerang Argentina itu, yang mencatat hatrik hujung minggu lalu ketika bertemu Valencia, kini mendahului senarai penjaring liga dengan 25 gol selepas merobek pertahanan Zaragoza dengan kemahiran menggelecek serta tindakan penyudah yang berkesan.
“Dia pemain terbaik dalam sejarah bola sepak,” kata Presiden Barcelona, Joan Laporta. “Messi menanduk masuk hantaran lintang Pedro Rodriguez pada minit kelima, tetapi rembatan kencangnya pada minit ke-66 menjadi bukti kehebatannya.” Selepas mencuri bola dari kawasan tengah, dia menggelecek seorang pemain sebelum memperdaya pemain pertahanan, Matteo Contini, sehingga terjatuh. Dia kemudian menewaskan penjaga gol Roberto Jiminez dengan tendangan leret yang menggamatkan penyokong di stadium La Romareda.

“Saya kehilangan kata-kata untuk menggambarkan pemain ini,” kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola. Gol ketiga Messi, yang juga melengkapkan hatrik kelima sepanjang kariernya, hasil tendangan lencong pada minit ke-78.

“Semua gol hasil kerjasama pasukan, saya hanya bernasib baik dapat menjaringkannya,” kata Messi. Adrian Colunga kemudian membalas dua gol untuk Zaragoza sebelum Messi memaksa Contini menjatuhkannya di dalam kotak penalti, dan Zlatan Ibrahimovic menyempurnakannya.

Madrid dan Barcelona masing-masing mengumpul 68 mata, tetapi Madrid mendahului dengan kelebihan perbezaan gol. Mallorca naik ke tangga keempat selepas menewaskan Atletico Madrid 4-1, manakala Valencia kekal di tangga ketiga selepas menang 2-0 ke atas Almeria. – AP

Messi sandaran robek gawang Real Madrid

Posted by : Kazuyama | Monday, March 22, 2010 | Published in



Perjuangan Barcelona merebut kejuaraan La Liga daripada Real Madrid kini bergantung sepenuhnya kepada prestasi bintangnya, Lionel Messi yang menjaringkan lapan daripada 10 gol terakhir buat penyandang juara itu.

Barca tidak bermain pada tahap sebenar sejak akhir-akhir ini tetapi kerana Messi, mereka masih bersaing rapat dengan pendahulu liga, Real dengan hanya dibezakan menerusi jaringan gol.
Menjelang pertemuan dengan Real Zaragoza minggu ini, jurulatih Pep Guardiola bagaimanapun menekankan kepentingan bermain secara berpasukan. “Apabila saya bercakap mengenai pasukan, tidak bermakna saya mahu memperkecilkan Messi,” kata Guardiola. “Memang jelas Leo (Messi) amat penting kepada kami kerana dia adalah pemain terbaik dunia, sama seperti Michael Jordan dalam bola keranjang.

“Sasaran ialah melihat dia terbabit sebanyak mungkin dalam permainan dan mendapat bola di kawasan merbahaya - tempat paling disukainya di atas padang. Kelincahannya memberi inspirasi kepada rakan sepasukan.”

Messi menjaringkan dua gol ketika Barcelona menyingkirkan Stuttgart untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Rabu lalu, dan sebelum itu melakukan hatrik ketika menewaskan Valencia 3-0.

Real pula berdepan Sporting Gijon dan pemain pertahanan, Alvaro Arbeloa berkata, kualiti Barcelona menyebabkan pasukannya lebih bersemangat untuk menewaskan mereka dan merampas gelaran juara.
“Barcelona bermain pada tahap tinggi sejak tahun lalu, jadi apabila persembahan mereka merudum, orang ramai akan bercakap mengenai krisis,” kata Arbeola. “Saya tidak percayakan ini dan menganggap mereka masih lagi pasukan terbaik dunia.” – AFP

Barcelona berdepan laluan sukar pertahan kejuaraan

Posted by : Kazuyama | | Published in



Juara bertahan, Barcelona akan berdepan Arsenal dalam undian saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dan mungkin berdepan pula Inter Milan di peringkat separuh akhir.

Dalam undian yang dijalankan semalam, satu lagi pertemuan suku akhir menemukan Manchester United dan Bayern Munich, mengulangi final 1999 di mana United menang menerusi dua jaringan lewat permainan.
Dua lagi saingan suku akhir akan menyaksikan pertembungan dua pasukan Perancis, Lyon dan Bordeaux manakala Inter Milan berdepan pasukan sukar diramal, CSKA Moscow. Peringkat suku akhir akan diadakan pada 30-31 Mac manakala perlawanan kedua dijadual 6-7 April. Perlawanan separuh akhir pula ditetapkan pada 20-21 dan 27-28 April.

UEFA juga menjalankan undian untuk separuh akhir dengan pemenang Arsenal-Barcelona berdepan sama ada Inter Milan atau CSKA Moscow.

Barcelona menewaskan Stuttgart 4-0 Rabu lalu, menerusi dua gol cemerlang yang dilakukan Lionel Messi manakala Arsenal, yang tidak pernah menjuarai saingan Eropah paling berprestij itu, mengatasi FC Porto 5-0 minggu lalu.

Perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung di Stadium Bernabeu, Madrid pada 22 Mei nanti juga mungkin menyaksikan ulangan final di Rome tahun lalu apabila Barcelona menewaskan Man United 2-0.
United yang menang kejuaraan musim 2008 buat kali ketiga dalam sejarah pertandingan itu, menewaskan juara tujuh kali AC Milan di tempat sendiri dan tempat lawan pada peringkat 16 terakhir sebelum ini. – AP

Hamburan pujian buat Messi

Posted by : Kazuyama | | Published in



Pemain Barcelona pamer persembahan taraf legenda

Lionel Messi mendapat pengiktirafan dalam senarai idola sukan dunia apabila dia dibariskan status sama dengan legenda, Diego Maradona dan Michael Jordan selepas penyerang Barcelona itu menyajikan persembahan terpuji dalam Liga Juara-Juara Eropah, kelmarin.
Selepas merakamkan jaringan hatrik ketika menentang Valencia dalam Liga Sepanyol, Ahad lalu, Messi tampil menyumbat dua gol dan mencipta satu lagi peluang membantu Barcelona membelasah VfB Stuttgart 4-0 di Nou Camp dalam perlawanan kedua kelompok 16 terakhir untuk gergasi Sepanyol itu layak ke suku akhir dengan agregat 5-1. “Saya berasa sudah pasti dia pemain terbaik di dunia dan peminat ada hak membuat perbandingan dengan Diego Maradona,” kata jurulatih Stuttgart, Christian Gross.

“Adalah menakjubkan apabila anda memikirkan dia hanya berusia 22 tahun. Dia amat hebat.”

Penyerang Argentina itu turut menerima kata-kata pujian daripada jurulatih Barca, Pep Guardiola.

“Pemain terbaik lazimnya beraksi baik,” kata Guardiola. “(Michael) Jordan melakukan bersama Bulls, (Kobe) Bryant dengan Lakers dan Messi melakukannya di sini.
“Kami mahu dia kekal bersama kami kerana dia adalah terbaik dan kami tidak mahu menukar dia dengan sesiapa.”

Presiden Barcelona, Joan Laporta berkata, antara kekuatan Messi adalah dia tidak bersifat berseorangan dalam permainan dengan memberi umpanan kepada lawan dalam keadaan dia selesa untuk menjaringkan gol.

“Orang pertama untuk menunjukkan semangat dalam pasukan adalah Messi,” kata Laporta. “Bakat yang ada padanya yang menghiburkan penonton memberi suntikan kepada rakan lain meningkatkan tahap permainan pada saat penting.”-Reuters

Keajaiban Messi julang Barca

Posted by : Kazuyama | | Published in



Sentuhan ajaib Lionel Messi membawa pasukannya, Barcelona, yang juga penyandang juara mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menang besar 4-0 ke atas VfB Stuttgart, semalam.

Messi meledak dua gol, termasuk jaringan menarik pada minit ke-13, selain merencanakan gol kedua pasukannya yang disempurnakan oleh Pedro, sebelum jaringan Bojan Krkic melengkapkan kemenangan dengan agregat 5-1.

Kemenangan itu melayakkan Barca ke suku akhir buat kali ketiga berturut-turut, dan menyelamatkan maruah kelab Sepanyol selepas dua kelab dari negara tersebut, Real Madrid dan Sevilla, tersingkir.

“Hanya Manchester United yang mampu layak ke suku akhir dua musim berturut-turut sebagai penyandang juara sebelum ini, dan saya mengucapkan tahniah kepada pemain terhadap apa yang mereka lakukan.

“Sekali lagi menjadi antara pasukan yang layak ke suku akhir dan dapat terus bersaingan dengan mereka, ia memberi kami rasa teruja,’’ kata jurulatih Barca, Pep Guardiola.

Perlawanan menarik yang dimaksudkan oleh Guardiola adalah skil tinggi yang dipamerkan oleh Messi.

Selepas mendapat bola di kawasan pasukan pelawat, dia membawa bola ke depan pertahanan Stuttgart melepaskan sepakan kaki kiri, yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol pasukan lawan, Jens Lehmann.

Pemain Terbaik Dunia FIFA itu menjadi pencetuskan gerakan gol pasukannya sembilan minit kemudian.

Messi melakukan hantaran menarik tepat kepada Yaya Toure di penjuru kiri dan pemain penyerang, Pedro tiba tepat pada masanya untuk menyambar bola silang pemain Ivory Coast itu, sebelum melakukan sepakan rendah.

Gerakan bijak oleh Messi untuk Toure melakukan percubaan gol pada minit ke-55, tetapi sepakan lemah pemain itu berjaya ditepis oleh Lehmann.

Messi sekali lagi menewaskan Lehmann menerusi sepakan rendah dari sudut sukar di dalam kawasan penalti, untuk gol kelapan dalam empat perlawanan terakhirnya di semua kejohanan, yang meranapkan peluang kebangkitan Stuttgart.

Ketika Barca terus mendominasi perlawanan, Messi hampir mencipta hatrik menerusi tandukan pada minit ke-68, namun diselamatkan oleh Lehmann, sebelum Krkic melengkapkan kemenangan besar Barca apabila menjaringkan gol terakhir selepas menggantikan Andres Iniesta.

Jurulatih Stuttgart, Christian Gross berkata, tersingkirnya Real Madrid kepada Olympique Lyon minggu lalu, mungkin memberi motivasi tambahan kepada pemain Barca.

“Mereka pasukan terbaik di dunia dan apabila mereka mendahului pada perlawanan pertama, adalah sangat sukar buat kami kerana mereka beraksi di depan penyokong sendiri,’’ katanya.

Undian perlawanan suku akhir akan diadakan hari ini, dan berdasarkan prestasi mereka semalam, Barcelona sekali lagi merupakan pasukan yang harus dielak.-Reuters

Xavi terkeluar daripada perlawanan Liga Juara-juara Barcelona menentang Stuttgart

Posted by : Kazuyama | Wednesday, March 17, 2010 | Published in



Masalah kecederaan menimpa Barca semula tidak lama sebelum berlangsungnya perlawanan pusingan kedua penting menentang VfB Stuttgart dalam kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-juara.

Mengikut laporan El Mundo Deportivo,pemain kreatif penting Xavi tidak dapat bermain dalam perlawanan menentang kelab Jerman itu selepas mengutip kecederaan paha semasa latihan pada hari Selasa.

Pihak kelab belum dapat mengesahkan kecederaan itu tetapi adalah disyaki pemain berusia 30 tahun itu tidak dapat beraksi untuk tempoh 10 hingga 15 hari.

Jurulatih Pep Guardiola kini perlu membuat keputusan tentang struktur barisan tengahnya menentang Stuttgart dengan Seydou Keita belum dapat dipastikan cergas sepenuhnya pada akhir sesi latihan hari Selasa.

Barcelona dan Stuttgart kini terikat 1-1 selepas perlawanan pusingan pertama di Jerman pada tiga minggu yang lepas.

Guardiola:Kami perlu cuba menyamai Manchester United

Posted by : Kazuyama | | Published in




Berdepan perlawanan Liga Juara-juara seterusnya menentang Stuttgart,jurulatih Barcelona Pep Guardiola menyeru pasukannya supaya menyamai prestasi Manchester United di peringkat Eropah.

"Ia merupakan cabaran hebat untuk cuba menjadi salah satu daripada lapan pasukan terbaik Eropah dan menyamai Manchester United,yang pada tahun lepas menjadi juara Eropah yang terbaru berjaya sampai ke pusingan suku akhir pada musim berikutnya."Guardiola berkata.

Pengurus Barcelona itu berharap pasukannya tidak ditimpa nasib yang menimpa musuh ketatnya,Real Madrid yang diterkeluar dari saingan Liga Juara-juara oleh Lyon pada minggu lepas.

"Sudah tentu,perkara sama boleh berlaku kepada kami,kerana ini merupakan pertandingan yang hebat.Ia(kekalahan Real) merupakan satu amaran kepada kami,kami juga boleh kalah akan tetapi adalah mustahil untuk merangkul piala-piala pada musim lepas jika kami merendahkan pihak lawan."

Messi menjadi sandaran Barcelona menentang Stuttgart

Posted by : Kazuyama | Tuesday, March 16, 2010 | Published in



Barcelona akan terus bergantung kepada prestasi jaringan Lionel Messi menentang Stuttgart pada hari Rabu dalam perlawanan timbal pusingan kedua peringkat kalah mati Liga Juara-juara.

Barcelona telahpun berhasil mendapatkan keputusan seri 1-1 semasa pusingan pertama pada tiga minggu yang lepas.Namun prestasi juara Eropah itu tampak goyah sejak akhir-akhir ini dan perluv bergantung kepada Messi,yang telah menjaringkan enam gol terakhir mereka untuk memastikan tempat di tangga teratas liga bersama Real Madrid.

Zlatan Ibrahmovic belum lagi menjaringkan gol sejak perlawanan Stuttgart tempoh hari,manakala Thierry Henry hanya menjaringkan tiga gol pada musim ini disebabkan tidak lagi menjadi pilihan utama jurulatih Pep Guardiola.

Messi telahpun menjaringkan 29 gol dalam kesemua pertandingan yang disertainya.

"Dia merupakan pemain terbaik dunia.Bakatnya sendiri meletakkannya di tangga teratas," berkata penjaga gol Victor Valdes. "Messi boleh menjadi pemain terbaik dalam sejarah."

Persembahan menarik Henry dalam kemenangan 3-0 pada hari Ahad ke atas Valencia memberi sedikit sebanyak rasa lega kepada Barcelona.

"Apabila Henry mempunyai motivasi,dia berikan banyak kelebihan kepada pasukan," pembantu jurulath Tito Vilanova dipetik berkata oleh mingguan sukan Sport.

Barcelona telahpun mengalahkan lawan dari Jerman lapan kali berturut-turut di Camp Nou,dan telah memenangi 15 kali selepas perlawanan timbal balik.Stuttgart tidak pernah melepasi perinkat ini,dan mengalami kekalhan 3-1 dalam kunungan terakhirnya ke Barcelona pada 2007.

Walaubagaimanapun,Barcelona tidak memandang mudah cabaran lawannya itu,terutamanya selepas kekalahan di tempat sendiri kepada kelab Russia Rubin Kazan pada awal musim.

"Jikalau anda tidak berada pada tahap 200 peratus,anda pasti akan keluar,"pemain pertahanan Daniel Alves berkata."Kami perlu mempunyai tenaga yang secukupnya dan perlu bersedia.Peluang ini tidak boleh dilepaskan."

Messi dijangka dapat turun beraksi,dengan hanya kapten Carlos Puyol masih diragui dapat diturunkan selepas terlepas kemenangan 3-0 ke atas Valencia dengan kecederaan belakang.Pemain tengah Seydou Keita masih tidak dapat beraksi dengan kecedaraan kaki.

Bayern Munich merupakan kelab Jerman terakhir menang di Camp Nou-pada 1998.

"Kami perlu lebih agresif," berkata pemain tengah Aleksandr Hleb,yang dipinjamkan di Stuttgart oleh Barcelona."Kami akan mempunyai peluang jaringan,tetapi barisan pertahanan perlu diperketatkan lagi."

Stuttgart akan menyandarkan harapan kepada penyerang Cacau,yang menjaringkan gol pada perlawanan pertama untuk memberikan inspirasi kepada pasukan.

Xavi menyamai rekod Migueli untuk Barcelona

Posted by : Kazuyama | | Published in




Dengan hanya bermain kurang 49 perlawanan daripada lagenda Sepanyol tahun 1980-an,Migueli,Xavi menyamai rekodnya untuk kemenangan perlawanan yang paling banyak.Migueli mempunyai 195 perlawanan liga dalam 391 perlawanan berbanding Xavi yang mempunyai 195 kemenangan dalam 342 perlawanan.Rekod in berjaya dicapai dalam perlawanan menentang Valencia yang berkesudahan kemenangan besar oleh Barcelona.

Guillermo Amor kini berada di belakang Migueli,dengan 190 kemenangan dalam 311 perlawanan.Diikuti oleh kapten Barca sekarang,Carlos Puyol yang mempunyai 185 kemenangan dalam 320 perlawanan.Xavi kini mempunyai 57% peratusan kemenangan tetapi Guillermo mempunyai peratusan kemenangan terbaik dengan kadar 61%.

Xavi merupakan pemain yang paling banyak digunakan dalam pasukan Guardiola pada musim 2009/2010.Dia telah bermain 25 daripada 26 perlawanan,sebanyak 2,123 minit dan hanya terlepas perlawanan menentang Racing Santandar di Camp Nou.Hanya penjaga Victor Valdes yang telah beraksi dalam kesemua perlawanan liga.

Wira Hatrik Barca Lionel Messi memuji Victor Valdes dan Thierry Henry selepas kemenangan ke atas Valencia

Posted by : Kazuyama | Monday, March 15, 2010 | Published in




Pemain bintang Barcelona Lionel Messi memuji sumbangan penjaga gol Victor Valdes dan rakan penyerang Thierry Henry dalam kemenangan 3-0 menentang Valencia di Camp Nou.

Messi menjaringkan hatrik pada separuh masa kedua yang menakjubkan untuk mendapatkan tiga mata penuh,namun dia mengakui peranan penting rakan sepasukannya dalam kemenangan itu.

"Kami berjaya menemui rentak pada separuh masa kedua,kami menguasai bola dan memberi tekanan kepada pihak lawan.Valdes memberi kami harapan dengan tampanannya ke atas percubaan Nikola Zigic pada kedudukan 1-0." Messi berkata seperti yang dipetik oleh AS.

"Separuh masa pertama memakan banyak tenaga kami,kami benarkan mereka bermain permainan dan counterattack mereka.Dalam separuh masa kedua,keadaan mula berubah.Gol pertamalah yang menentukan hala tuju perlawanan.

"Dalam bilik persalinan kami sedar kesemua itu penting.Henry banyak membantu dengan kerja kerasnya,keinginannya, dan kekuatannya.Dengannya di atas padang telah mengubah suasana perlawanan."

Hatrik Messi berikan Barca kemenangan

Posted by : Kazuyama | Sunday, March 14, 2010 | Published in

\
Messi meraikan jaringannya menentang Valencia

Lionel Messi menjaringkan hatrik pada separuh masa kedua untuk memberi Barcelona kemenangan 3-0 ke atas Valencia di Camp Nou pada malam Ahad.

Berikutan sesi separuh masa pertama yang tampak seimbang di mana Valencia memberi segala yang termampu,Messi mengambil tempat dengan jaringan hatrik yang menakjubkan.

Pemain sayap itu menewaskan tiga pemain Valencia untuk memberikan pasukan Pep Guardiola pendahuluan selepas 56 minit,sebelum menambah dua lagi jaringan pada minit-minit terakhir sebelum wisel penamat.-kedua-duanya dicipta pemain gentian Thierry Henry-selepas pasukan pelawat dikurangkan kepada 10 pemain berikutan Hedwiges Maduro dibuang padang.

Barcelona belum lagi menemui rentak pada awal permainan dan hal itu dimanfaatkan Valencia yang bermain dengan lebih baik.Berulang kali pemain-pemain El Che,antaranya Jordi Alba,Alejandro Dorminguez serta Pablo Hernandez melancarkan serangan ke gawang Victor Valdes namun ketiadaan David Villa amat dirasai apabila mereka gagal menghasilkan jaringan.

Barca mula menemukan rentak pada pertengahan babak pertama dan serangan mereka mula mengancam di antaranya percubaan lewat Messi dan juga Pedro Rodriguez,namun gol gagl dihasilkan sehinggalah bunyi wisel penamat dan separuh masa pertama pun ditutup dengan skor 0-0.

Memasuki separuh masa kedua,Thierry Henry masuk menggantikan Bojan Krkic dan sernagan tuan rumah mula menemui rentak.Kombinasi antara Henry dan Messi memaksa penjaga gol Cesar Sanchez beraksi di tahap terbaiknya untuk menyelamatkan gawangnya daripada bolos.

usaha keras Cesar Sanchez membendung serangan Barcelona akhirnya terkandas jua dengan gol pertama daripada Messi pada minit ke-56.

Maxwell telah menyumbat gol kedua Barca tetapi dianggap offside dan tidak dikira.Tidak lama kemudian,Nikola Zigic berpeluang menyamakan kedudukan buat El Che tetapi usahanya itu digagalkan oleh penjaga gol Victor Valdes.

Pada minit ke-69,Hedwiges Maduro menerima kad kuning kedua kerana mengasari Messi menyebabkan pasukan pelawat terpaksa bermain dengan 10 pemain.

Messi menjaring gol keduanya di minit ke-81 apabila menerima umpanan Henry,yang mana pemain Argentina itu memasuki kotak penalti dan menjaringkan gol kaki kiri melepasi Cesar Sanchez.

Messi melengkapi hatriknya seminit kemudian dengan menerima hantaran Henry dan berjaya melepasi bek Valencia sebelum menyumbat gol ketiganya dan memastikan kemenangan bagi Barcelona.

Kemenangan ini membawa Barca menyamai mata dengan Real Madrid tetapi berada di tangga kedua atas perbezaan gol sementara Valencia kekal di tangga ketiga meskipun tewas.

Barcelona bersaing dengan Manchester United dan Chelsea untuk Angel

Posted by : Kazuyama | | Published in





Pemain sayap Benfica merupakan salah satu nama besar dalam tingkap perpindahan musim panas dengan Barcelona menjadi salah satu kelab yang dikaitkan dengan pemain Argentina itu.

El Mundo Deportivo melaporkan bahawa Barcelona sudahpun mempertimbangkan pembelian musim panas untuk pemain itu tetapi menghadapi saingan dari gergasi Liga Inggeris Manchester United dan Chelsea.

Gergasi Catalan itu percaya khidmat Di Maria boleh didapati dengan harga yang kurang daripada jumlah yang perlu dibayar untuk Franck Ribery dengan Pep Guardiola mensasarkan pengganti untuk Thierry Henry di sebelah kiri jentera serangan.

Di Maria mempunyai klausa pembelian sebanyak 50 juta euros namun Benfica dilihat dapat menerima bayaran perpindahan menghampiri 25 juta euro.

Di samping Barcelona,Chelsea dan Manchester United,rakan gergasi sepanyol Real Madrid turut memberikan perhatian kepada perkembangan yang berlaku.

Laporan-laporan dalam beberapa bulan yang lepas mendakwa Chelsea telah menghantar Frank Arnesen untuk melihat Di Maria beberapa kali manakala pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson melihatnya pula sebagai pengganti jangka panjang Ryan Giggs.

Barcelona vs Valencia – preview perlawanan

Posted by : Kazuyama | Saturday, March 13, 2010 | Published in



Barcelona dan Valencia masing-masing mempunyai saingan Eropah untuk ditumpukan dengan kedua-duanya menghadapi perlawanan sukar menentang lawan dari Jerman.Walaubagaimanapun,tumpuan kini diberi kepada saingan La Liga untuk perlawanan hari Ahad di Camp Nou.

Liga Sepanyol sering dikaitkan dengan konteks Barcelona dan Real Madrid sahaja.Pada peringkat itu,terdapat saat-saat menarik.Barcelona hilang takhta pendahulu liga berikutan keputusan seri 2-2 minggu lepas menentang Almeria.Orang mungkin akan berfikir bahawa Real Madrid berada dalam kedudukan penting,dengan menaiki tangga teratas dengan kemenangan minit terakhir menentang Sevilla.Tetapi,berikutan kekalahan Liga Juara menentang Lyon,keadaan mungkin akan memihak semula kepada Barcelona.

Namun,jika Barca hendak merampas semula tangga pertama,gergasi Catalan itu perlu mengatasi ujian sukar menentang Valencia,yang merupakan salah sebuah pasukan terbaik dalam La Liga.Valencia kini menduduki tangga ketiga,walaupun prestasi mereka sedikit goyah,hanya mendapat keputusan seri tanpa jaringan dengan Racing Santandar pada hari Isnin dan mereka dikalahkan minggu lepas oleh Atletico Madrid 4-1 di tempat sendiri.

Untuk pasukan bimbingan Unai Emery, Cesar Sanchez,Miguel,Carlos Marchena dan Ever Banega terlepas perlawanan menentang Racing disebabkan pengantungan.Jeremy Mathieu masih menjadi kebimbangan masa panjang buat mereka sementara David Navarro dijangka tidak beraksi sehingga penghuhjung Mac.

Walaupun demikian,Valencia masih mempunyai beberapa pemain menarik dan berbahaya dalam Liga Sepanyol.Pemain tengah Argentina Ever Banega merupakan pemain mereka yang paling kreatif.Yang mendapat manfaatnya adalah David Villa dan David Silva,antara pemain penyerang berbahaya di Eropah.Mereka berdua tidak dinafikan dapat menimbulkan masalah besar kepada juara Eropah Barcelona.

Untuk Barcelona pula,mereka hilang khidmat Zlatan Ibrahimovic,yang dibuang padang semasa perlawanan minggu lepas dengan Almeria yang berkesudahan seri 2-2.Turut mengalami nasib yang sama,jurulatih Pep Guardiola tidak akan menduduki tempatnya seperti biasa,beliau juga turut dibuang padang semasa perlawanan tersebut.Ketiadaan Ibrahimovic mungkin membuka peluang untuk penglibatan Bojan Krkic,jika Guardiola memainkan formasi kebiasaannya dengan tiga penyerang.Ketiadaan penyerang Sweden itu juga membuatkan tugas mengalas jaringan tertumpu kepada Lionel Messi,yang sudah mempunyai 19 jaringan dalam liga setakat ini.Jurulatih Guardiola turur berharap pemain Perancis Thierry Henry akan dapat menemui prestasinya semula untuk mengisi ruang yang ditinggalkan Ibrahimovic.

Jikalau Barca mengutip mata penuh di Nou Camp,tekanan akan mula mengumpul untuk perlawanan "classico" menentang Real Madrid pada bulan depan.

Pique memberi amaran kepada Barca:Real Madrid hanya mempunyai La Liga untuk ditandingi

Posted by : Kazuyama | | Published in



Pemain pertahanan Barcelona Gerard Pique mengakui bahawa dia terkejut dengan keluarnya Real Madrid dari Liga Juara-juara pada minggu ini.

Pique berkata Barca perlu meningkatkan prestasi dalam liga untuk mengejar pendahulu Real Madrid lebih-lebih lagi Real Madrid sudah tiada dalam pertandingan Liga Juara kini.

"Saya tidak pernah terfikir yang mereka akan keluar awal," dia memberitahu Barca TV."Tetapi kami arif tentang keadaan Liga Juara-juara.Ini merupakan satu pengajaran kepada kami sebelum berlangsungnya perlawanan kedua minggu depan."

"Kini Real Madrid hanya mempunyai La Liga untuk ditandingi dan mereka pasti akan mencicirkan sedikit mata sebagai akibatnya.Ia akan menjadi lebih sukar buat kami.

Marquez:perlawanan Valencia kunci kepada kejayaan Barcelona

Posted by : Kazuyama | | Published in



Barcelona berhadapan dengan Valencia pada hari Ahad,yang mana dilihat ramai sebaga perlawanan penting dalam usaha mempertahankan kejuaraan La Liga.Pasukan yang mencipta sejarah ini kini berada di belakang Real Madrid atas perbezaan gol,dan tidak mampu untuk mencicirkan sebarang mata lagi dengan musim hampir sampai ke penghujungnya.Pemain pertahanan Rafael Marquez sedar tentang ancaman yang Los Che miliki,tetapi percaya pasukannya boleh mengatasi cabaran tersebut dengan tumpuan yang sepatutnya.

"Kami sekarang tengah mengejar pendahulu liga dan setiap perlawanan kini adalah penting.Valencia merupakan satu pasukan kuat dan mereka mempunyai pemain-pemain hebat," Marquez bercakap pada laman web rasmi kelab."Ini merupakan perlawanan kunci bag kami.Kami harus bermain dengan baik dari satu perlawanan ke perlawanan yang lain.Ia memang sukar tetapi kami harus memberi tumpuan sepenuhnya."

Barca berharap untuk bangkit kembali daripada keputusan seri yang mengecewakan di Almeria pada minggu sebelumnya.

Xavi menyambut baik suasana ala kelab pasukan Sepanyol

Posted by : Kazuyama | Friday, March 12, 2010 | Published in


"Ini adalah bola sepak moden," berkata tonggak Barcelona itu.

Pemain tengah Barcelona Xavi percaya kumpulan pemain Sepanyol yang mempunyai hubugan rapat sesama sendiri memberikan pasukan kebangsaaan itu satu perasaan ala kelab kepadanya.
Pemegang Juara Eropah Sepanyol merupakan pilihan untuk memenagi Piala Dunia pertama mereka di Afrika Selatan pada musim panas ini and menguatkan lagi kepercayan itu dengan kemenangan 2-0 menentang Perancis .
Xavi menyambut baik cara permainan “moden” negaranya dan membandingnya dengan Barcelona dan Arsenal,yang terkenal dengan stail bola sepak menarik secara “free-flowing.”
“Corak permainan kami sangat hamper dengan corak permainan di Barca atau Arsenal,” Xavi berkata. “Ini adalah bola sepak moden.”
“Sepanyol masih belum mencapai kejayaan di Piala Dunia tetapi pasukan ini sangat focus dan semua pemain berada dalam satu kumpulan yang erat.”
“Dalam konteks sedemikian,Sepanyol lebih kelihatan seperti satu kelab daripada pasukan kebangsaan.”
Kemenangan itu di Stade de France memanjangkan lagi rekod luar biasa Sepanyol yang terdiri dari 42 kemenangan dalam 45 perlawanan terakhir dan rekod itu dijangka diteruskan pada musim panas ini dengan diundi dalam Kumpulan H bersama-sama Switzerland,Honduras dan Chile.
“Pada masa sekarang Sepanyol tengah mengalami satu prestasi baik dan para penyokong turut gembira dengan permainan kami,” tambah Xavi.”Saya secara peribadinya berasa gembira berada dalam pasukan ini.”

Guardiola mempersoal semangat Henry

Posted by : Kazuyama | | Published in



Thierry Henry perlu menemui semula cita-cita dan inspirasi yang menjadikannya salah satu penyerang terbaik dunia,jurulatih Barcelona Pep Guardiola berkata.
Kapten Perancis itu tidak beraksi untuk Barca sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan diejek oleh penyokong sendiri apabila dia digantikan dalam kekalahan perlawanan persahabatan 2-0 oleh Sepanyol pada hari Rabu.
“Jika dia tidak bermain,ia mungkin kerana,antara sebab lain,terdapat banyak lagi pemain yang lebih berinspirasi daripadanya,” Guardiola berkata tentang Henry yang berusia 32 tahun itu.
“Saya mahu dia mempunyai cita-cita sama yang membuatkannya yang terbaik dalam beberapa tahun.”
“Dia tahu dia perlu memperbaiki lagi,walaupun saya percaya dia lebih baik dari apa yang disangkanya.Saya pasti dia mampu member khidmat terbaiknya dalam tempoh dua bulan nanti.”
Guardiola berkata ia adalah tidak benar yang Henry menyimpan khidmatnya untuk Piala Dunia di Afrika Selatan nanti dan berazam untuk menolongnya mengatasi prestasi muramnya itu.
“Dia tahu bahawa dia bukan berada pada prestasi terbaik dan itu sebabnya dia berkata lebih logic kalau pemain lain yang main.”
“Dia sedang membayar harga dalam menjadi antara permain terbaik dan memenangi segalanya.Dia tidak gembira dengan keadaan ini dan saya berada disini untuk menolongnya.”
Bekas pemain Arsenal Henry merupakan tonggak penting dalam kempen kejuaraan treble Barca pada musim lepas,menjaringkan 26 gol dalam semua pertandingan,tetapi hanya beraksi dalam 13 daripada 24 perlawanan liga pada musim ini dan hanya menjaring tiga kali sahaja.

Messi terdorong untuk mencapai tahap baru

Posted by : Kazuyama | | Published in



Kebiasaanya apabila pemain-pemain hebat mencapai kemasyhuran,kekayaan dan kejayaan,ramuan yang mudah terhakis dalam diri mereka adalah keinginan kuat yang menjadi dorongan utama mereka.

Jika itu boleh terjadi kepada Messi,maka sekarang merupakan tempoh untuk dipersoalkan.Kelabnya,FC Barcelona menempuh satu musim yang sungguh berjaya untuk memenangi Liga Juara-juara UEFA musim lepas dan seguni piala;Piala Liga Sepanyol, Piala Copa del Rey, Piala Super Sepanyol,Piala Super UEFA dan Piala Kelab Dunia FIFA.

Pemain Argenina itu juga menyapu bersih anugerah-anugerah individu berprestij;dinamakan dalam Pasukan Tahunan pilihan penguna UEFA.com,memenangi Piala Ballon d'Or dan melengkapinya dengan memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA.

Walau bagaimanapun,lawan Barcelona yang seterusnya dalam mempertahankan Piala Liga Juara-juara,VfB Stuttgart,seharusnya sedar yang Messi masih kekal bersemangat untuk perkara yang sama. "Kami telah menulis satu lembaran dalam sejarah tetapi kami masih mahu membuat perkara yang sama," dia memberitahu UEFA.com "Kami harus mengambil kesempatan daripada pasukan hebat ini,kesemua kami berasa begitu."

"Ini merupakan saat yang istimewa dan pasukan serta staf teknikal semuanya tahu bahawa jika kami terus bekerja kuat,langkah demi langkah,kami akan mencapai banyak lagi.Itu sahaja menjadi motivasi yang kami perlu.Menjadi pasukan pertama kekal mempertahankan kejuaraan Liga Juara-juara adalah sasaran kami dan kami akan berusaha untuk mencapainya."

Josep Guardiola ketiadaan khidmat Eric Abidal dan Seydou Keita yang cedera untuk perlawanan Stuttgart,manakala Daniel Alves dan Xavi Hernandez tidak pasti dapat pergi-faktor lain untuk Barcelona mengambil berat amaran Messi."Pasukan-pasukan Jerman memang selalunya kuat," dia berkata.

"Walaupun begitu,kami mempunyai rekod yang baik menentang pasukan Bundlesliga.Ia juga menolong dengan bermain perlawanan kedua di Camp Nou.Oleh itu kami akan bersedia secukupnya dan mentaliti Barcelona adalah kami akan berkunjung ke Jerman bertujuan untuk memenangi perlawanan pertama supaya dapat membuatkan perlawanan kedua lebih menenangkan. "

Statistik menyokong memori Messi,lima perlawanan terakhir Barcelona ke Jerman telah menghasilkan tiga kemenangan dan dua seri,paling akhir 1-1 dalam suku akhir musim lepas di FC Bayern Munchen untuk memastikan kemenangan agreget 5-1.

Messi dilantik menjadi duta UNICEF

Posted by : Kazuyama | Thursday, March 11, 2010 | Published in



UNICEF pada hari khamis melantik penyerang Barcelona Lionel Messi sebagai duta kebajikan globalnya.

Pemain Terbaik Dunia FIFA 2009 itu menerima pelantikan tersebut dalam satu majlis di Barcelona.

"Sementara pencapaian Messi sebagai pemain amat dikenali, ia adalah kesungguhannya untuk menggunakan kemayshurannya itu untuk menolong kanak-kanak yang tidak bernasib baik yang membawa kepada pelantikannya," UNICEF berkata dalam satu kenyataannya.

Langkah ini menguatkan lagi hubingan UNICEF dengan Barcelona.Sejak 2006 kelab ini telah membayar organisasi tersebut hak untuk memakai logo pada jersi pemain-pemainnya.

"Bola sepak telah memberi saya banyak kejayaan dan peluang dan saya berterima kasih kepada UNICEF kerana dapat memberi sokongan kepada kanak-kanak," pemain itu berkata. "Saya berharap dengan peranan saya sebagai duta kebajikan global UNICEF,dapat membantu kanak-kanak yang memerlukan pertolongan."

Duta-duta kebajikan global UNICEF berperanan memupuk kesedaran awam berkenaan isu kanak-kanak dan antaranya adalah Shakira,Roger Moore dan Ratu Rania dari Jordan

Salam Perkenalan

Posted by : Kazuyama | | Published in

Terlebih dahulu,alhamdulillah diucapkan kepada yang Maha Esa kerana izin-Nya dapat juga saya membuat blog ini.Sebelum ini ada juga buat beberapa blog lain tapi tak menjadi disebabkan pelbagai faktor.Blog ini saya akan tumpukan kepada kelab bolasepak Barceona FC,salah sebuah kelab terbaik dunia.Doakan saya berjaya semua!
Feed Shark