
Barcelona akan terus bergantung kepada prestasi jaringan Lionel Messi menentang Stuttgart pada hari Rabu dalam perlawanan timbal pusingan kedua peringkat kalah mati Liga Juara-juara.
Barcelona telahpun berhasil mendapatkan keputusan seri 1-1 semasa pusingan pertama pada tiga minggu yang lepas.Namun prestasi juara Eropah itu tampak goyah sejak akhir-akhir ini dan perluv bergantung kepada Messi,yang telah menjaringkan enam gol terakhir mereka untuk memastikan tempat di tangga teratas liga bersama Real Madrid.
Zlatan Ibrahmovic belum lagi menjaringkan gol sejak perlawanan Stuttgart tempoh hari,manakala Thierry Henry hanya menjaringkan tiga gol pada musim ini disebabkan tidak lagi menjadi pilihan utama jurulatih Pep Guardiola.
Messi telahpun menjaringkan 29 gol dalam kesemua pertandingan yang disertainya.
"Dia merupakan pemain terbaik dunia.Bakatnya sendiri meletakkannya di tangga teratas," berkata penjaga gol Victor Valdes. "Messi boleh menjadi pemain terbaik dalam sejarah."
Persembahan menarik Henry dalam kemenangan 3-0 pada hari Ahad ke atas Valencia memberi sedikit sebanyak rasa lega kepada Barcelona.
"Apabila Henry mempunyai motivasi,dia berikan banyak kelebihan kepada pasukan," pembantu jurulath Tito Vilanova dipetik berkata oleh mingguan sukan Sport.
Barcelona telahpun mengalahkan lawan dari Jerman lapan kali berturut-turut di Camp Nou,dan telah memenangi 15 kali selepas perlawanan timbal balik.Stuttgart tidak pernah melepasi perinkat ini,dan mengalami kekalhan 3-1 dalam kunungan terakhirnya ke Barcelona pada 2007.
Walaubagaimanapun,Barcelona tidak memandang mudah cabaran lawannya itu,terutamanya selepas kekalahan di tempat sendiri kepada kelab Russia Rubin Kazan pada awal musim.
"Jikalau anda tidak berada pada tahap 200 peratus,anda pasti akan keluar,"pemain pertahanan Daniel Alves berkata."Kami perlu mempunyai tenaga yang secukupnya dan perlu bersedia.Peluang ini tidak boleh dilepaskan."
Messi dijangka dapat turun beraksi,dengan hanya kapten Carlos Puyol masih diragui dapat diturunkan selepas terlepas kemenangan 3-0 ke atas Valencia dengan kecederaan belakang.Pemain tengah Seydou Keita masih tidak dapat beraksi dengan kecedaraan kaki.
Bayern Munich merupakan kelab Jerman terakhir menang di Camp Nou-pada 1998.
"Kami perlu lebih agresif," berkata pemain tengah Aleksandr Hleb,yang dipinjamkan di Stuttgart oleh Barcelona."Kami akan mempunyai peluang jaringan,tetapi barisan pertahanan perlu diperketatkan lagi."
Stuttgart akan menyandarkan harapan kepada penyerang Cacau,yang menjaringkan gol pada perlawanan pertama untuk memberikan inspirasi kepada pasukan.


(0) Comments
Leave a Response