
Barcelona dan Valencia masing-masing mempunyai saingan Eropah untuk ditumpukan dengan kedua-duanya menghadapi perlawanan sukar menentang lawan dari Jerman.Walaubagaimanapun,tumpuan kini diberi kepada saingan La Liga untuk perlawanan hari Ahad di Camp Nou.
Liga Sepanyol sering dikaitkan dengan konteks Barcelona dan Real Madrid sahaja.Pada peringkat itu,terdapat saat-saat menarik.Barcelona hilang takhta pendahulu liga berikutan keputusan seri 2-2 minggu lepas menentang Almeria.Orang mungkin akan berfikir bahawa Real Madrid berada dalam kedudukan penting,dengan menaiki tangga teratas dengan kemenangan minit terakhir menentang Sevilla.Tetapi,berikutan kekalahan Liga Juara menentang Lyon,keadaan mungkin akan memihak semula kepada Barcelona.
Namun,jika Barca hendak merampas semula tangga pertama,gergasi Catalan itu perlu mengatasi ujian sukar menentang Valencia,yang merupakan salah sebuah pasukan terbaik dalam La Liga.Valencia kini menduduki tangga ketiga,walaupun prestasi mereka sedikit goyah,hanya mendapat keputusan seri tanpa jaringan dengan Racing Santandar pada hari Isnin dan mereka dikalahkan minggu lepas oleh Atletico Madrid 4-1 di tempat sendiri.
Untuk pasukan bimbingan Unai Emery, Cesar Sanchez,Miguel,Carlos Marchena dan Ever Banega terlepas perlawanan menentang Racing disebabkan pengantungan.Jeremy Mathieu masih menjadi kebimbangan masa panjang buat mereka sementara David Navarro dijangka tidak beraksi sehingga penghuhjung Mac.
Walaupun demikian,Valencia masih mempunyai beberapa pemain menarik dan berbahaya dalam Liga Sepanyol.Pemain tengah Argentina Ever Banega merupakan pemain mereka yang paling kreatif.Yang mendapat manfaatnya adalah David Villa dan David Silva,antara pemain penyerang berbahaya di Eropah.Mereka berdua tidak dinafikan dapat menimbulkan masalah besar kepada juara Eropah Barcelona.
Untuk Barcelona pula,mereka hilang khidmat Zlatan Ibrahimovic,yang dibuang padang semasa perlawanan minggu lepas dengan Almeria yang berkesudahan seri 2-2.Turut mengalami nasib yang sama,jurulatih Pep Guardiola tidak akan menduduki tempatnya seperti biasa,beliau juga turut dibuang padang semasa perlawanan tersebut.Ketiadaan Ibrahimovic mungkin membuka peluang untuk penglibatan Bojan Krkic,jika Guardiola memainkan formasi kebiasaannya dengan tiga penyerang.Ketiadaan penyerang Sweden itu juga membuatkan tugas mengalas jaringan tertumpu kepada Lionel Messi,yang sudah mempunyai 19 jaringan dalam liga setakat ini.Jurulatih Guardiola turur berharap pemain Perancis Thierry Henry akan dapat menemui prestasinya semula untuk mengisi ruang yang ditinggalkan Ibrahimovic.
Jikalau Barca mengutip mata penuh di Nou Camp,tekanan akan mula mengumpul untuk perlawanan "classico" menentang Real Madrid pada bulan depan.


(0) Comments
Leave a Response