
Kebiasaanya apabila pemain-pemain hebat mencapai kemasyhuran,kekayaan dan kejayaan,ramuan yang mudah terhakis dalam diri mereka adalah keinginan kuat yang menjadi dorongan utama mereka.
Jika itu boleh terjadi kepada Messi,maka sekarang merupakan tempoh untuk dipersoalkan.Kelabnya,FC Barcelona menempuh satu musim yang sungguh berjaya untuk memenangi Liga Juara-juara UEFA musim lepas dan seguni piala;Piala Liga Sepanyol, Piala Copa del Rey, Piala Super Sepanyol,Piala Super UEFA dan Piala Kelab Dunia FIFA.
Pemain Argenina itu juga menyapu bersih anugerah-anugerah individu berprestij;dinamakan dalam Pasukan Tahunan pilihan penguna UEFA.com,memenangi Piala Ballon d'Or dan melengkapinya dengan memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA.
Walau bagaimanapun,lawan Barcelona yang seterusnya dalam mempertahankan Piala Liga Juara-juara,VfB Stuttgart,seharusnya sedar yang Messi masih kekal bersemangat untuk perkara yang sama. "Kami telah menulis satu lembaran dalam sejarah tetapi kami masih mahu membuat perkara yang sama," dia memberitahu UEFA.com "Kami harus mengambil kesempatan daripada pasukan hebat ini,kesemua kami berasa begitu."
"Ini merupakan saat yang istimewa dan pasukan serta staf teknikal semuanya tahu bahawa jika kami terus bekerja kuat,langkah demi langkah,kami akan mencapai banyak lagi.Itu sahaja menjadi motivasi yang kami perlu.Menjadi pasukan pertama kekal mempertahankan kejuaraan Liga Juara-juara adalah sasaran kami dan kami akan berusaha untuk mencapainya."
Josep Guardiola ketiadaan khidmat Eric Abidal dan Seydou Keita yang cedera untuk perlawanan Stuttgart,manakala Daniel Alves dan Xavi Hernandez tidak pasti dapat pergi-faktor lain untuk Barcelona mengambil berat amaran Messi."Pasukan-pasukan Jerman memang selalunya kuat," dia berkata.
"Walaupun begitu,kami mempunyai rekod yang baik menentang pasukan Bundlesliga.Ia juga menolong dengan bermain perlawanan kedua di Camp Nou.Oleh itu kami akan bersedia secukupnya dan mentaliti Barcelona adalah kami akan berkunjung ke Jerman bertujuan untuk memenangi perlawanan pertama supaya dapat membuatkan perlawanan kedua lebih menenangkan. "
Statistik menyokong memori Messi,lima perlawanan terakhir Barcelona ke Jerman telah menghasilkan tiga kemenangan dan dua seri,paling akhir 1-1 dalam suku akhir musim lepas di FC Bayern Munchen untuk memastikan kemenangan agreget 5-1.


(0) Comments
Leave a Response