Barcelona berdepan laluan sukar pertahan kejuaraan

Posted by : Kazuyama | Monday, March 22, 2010 | Published in



Juara bertahan, Barcelona akan berdepan Arsenal dalam undian saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dan mungkin berdepan pula Inter Milan di peringkat separuh akhir.

Dalam undian yang dijalankan semalam, satu lagi pertemuan suku akhir menemukan Manchester United dan Bayern Munich, mengulangi final 1999 di mana United menang menerusi dua jaringan lewat permainan.
Dua lagi saingan suku akhir akan menyaksikan pertembungan dua pasukan Perancis, Lyon dan Bordeaux manakala Inter Milan berdepan pasukan sukar diramal, CSKA Moscow. Peringkat suku akhir akan diadakan pada 30-31 Mac manakala perlawanan kedua dijadual 6-7 April. Perlawanan separuh akhir pula ditetapkan pada 20-21 dan 27-28 April.

UEFA juga menjalankan undian untuk separuh akhir dengan pemenang Arsenal-Barcelona berdepan sama ada Inter Milan atau CSKA Moscow.

Barcelona menewaskan Stuttgart 4-0 Rabu lalu, menerusi dua gol cemerlang yang dilakukan Lionel Messi manakala Arsenal, yang tidak pernah menjuarai saingan Eropah paling berprestij itu, mengatasi FC Porto 5-0 minggu lalu.

Perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung di Stadium Bernabeu, Madrid pada 22 Mei nanti juga mungkin menyaksikan ulangan final di Rome tahun lalu apabila Barcelona menewaskan Man United 2-0.
United yang menang kejuaraan musim 2008 buat kali ketiga dalam sejarah pertandingan itu, menewaskan juara tujuh kali AC Milan di tempat sendiri dan tempat lawan pada peringkat 16 terakhir sebelum ini. – AP

(0) Comments

Leave a Response

Feed Shark