
Pemain sayap Benfica merupakan salah satu nama besar dalam tingkap perpindahan musim panas dengan Barcelona menjadi salah satu kelab yang dikaitkan dengan pemain Argentina itu.
El Mundo Deportivo melaporkan bahawa Barcelona sudahpun mempertimbangkan pembelian musim panas untuk pemain itu tetapi menghadapi saingan dari gergasi Liga Inggeris Manchester United dan Chelsea.
Gergasi Catalan itu percaya khidmat Di Maria boleh didapati dengan harga yang kurang daripada jumlah yang perlu dibayar untuk Franck Ribery dengan Pep Guardiola mensasarkan pengganti untuk Thierry Henry di sebelah kiri jentera serangan.
Di Maria mempunyai klausa pembelian sebanyak 50 juta euros namun Benfica dilihat dapat menerima bayaran perpindahan menghampiri 25 juta euro.
Di samping Barcelona,Chelsea dan Manchester United,rakan gergasi sepanyol Real Madrid turut memberikan perhatian kepada perkembangan yang berlaku.
Laporan-laporan dalam beberapa bulan yang lepas mendakwa Chelsea telah menghantar Frank Arnesen untuk melihat Di Maria beberapa kali manakala pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson melihatnya pula sebagai pengganti jangka panjang Ryan Giggs.


(0) Comments
Leave a Response