Hatrik Messi berikan Barca kemenangan

Posted by : Kazuyama | Sunday, March 14, 2010 | Published in

\
Messi meraikan jaringannya menentang Valencia

Lionel Messi menjaringkan hatrik pada separuh masa kedua untuk memberi Barcelona kemenangan 3-0 ke atas Valencia di Camp Nou pada malam Ahad.

Berikutan sesi separuh masa pertama yang tampak seimbang di mana Valencia memberi segala yang termampu,Messi mengambil tempat dengan jaringan hatrik yang menakjubkan.

Pemain sayap itu menewaskan tiga pemain Valencia untuk memberikan pasukan Pep Guardiola pendahuluan selepas 56 minit,sebelum menambah dua lagi jaringan pada minit-minit terakhir sebelum wisel penamat.-kedua-duanya dicipta pemain gentian Thierry Henry-selepas pasukan pelawat dikurangkan kepada 10 pemain berikutan Hedwiges Maduro dibuang padang.

Barcelona belum lagi menemui rentak pada awal permainan dan hal itu dimanfaatkan Valencia yang bermain dengan lebih baik.Berulang kali pemain-pemain El Che,antaranya Jordi Alba,Alejandro Dorminguez serta Pablo Hernandez melancarkan serangan ke gawang Victor Valdes namun ketiadaan David Villa amat dirasai apabila mereka gagal menghasilkan jaringan.

Barca mula menemukan rentak pada pertengahan babak pertama dan serangan mereka mula mengancam di antaranya percubaan lewat Messi dan juga Pedro Rodriguez,namun gol gagl dihasilkan sehinggalah bunyi wisel penamat dan separuh masa pertama pun ditutup dengan skor 0-0.

Memasuki separuh masa kedua,Thierry Henry masuk menggantikan Bojan Krkic dan sernagan tuan rumah mula menemui rentak.Kombinasi antara Henry dan Messi memaksa penjaga gol Cesar Sanchez beraksi di tahap terbaiknya untuk menyelamatkan gawangnya daripada bolos.

usaha keras Cesar Sanchez membendung serangan Barcelona akhirnya terkandas jua dengan gol pertama daripada Messi pada minit ke-56.

Maxwell telah menyumbat gol kedua Barca tetapi dianggap offside dan tidak dikira.Tidak lama kemudian,Nikola Zigic berpeluang menyamakan kedudukan buat El Che tetapi usahanya itu digagalkan oleh penjaga gol Victor Valdes.

Pada minit ke-69,Hedwiges Maduro menerima kad kuning kedua kerana mengasari Messi menyebabkan pasukan pelawat terpaksa bermain dengan 10 pemain.

Messi menjaring gol keduanya di minit ke-81 apabila menerima umpanan Henry,yang mana pemain Argentina itu memasuki kotak penalti dan menjaringkan gol kaki kiri melepasi Cesar Sanchez.

Messi melengkapi hatriknya seminit kemudian dengan menerima hantaran Henry dan berjaya melepasi bek Valencia sebelum menyumbat gol ketiganya dan memastikan kemenangan bagi Barcelona.

Kemenangan ini membawa Barca menyamai mata dengan Real Madrid tetapi berada di tangga kedua atas perbezaan gol sementara Valencia kekal di tangga ketiga meskipun tewas.

(0) Comments

Leave a Response

Feed Shark